Monday, August 11, 2008

Perkara Yang Membatalkan Solat

Perkara-perkara yang membatalkan solat

1. Meninggalkan salah satu rukun solat
2. Berkata-kata
3. Berhadas kecil atau besar
4. Terkena najis pada badan atau pakaian
5. Terbuka aurat dengan sengaja
6. Ketawa mengeluarkan suara
7. Berubah niat
8. Makan atau minum
9. Murtad
10. Bergerak tiga kali berturut-turut
11. Berubah dada daripada arah kiblat

Hikmat Solat

1. Dikurniakan hidayah
2. Berakhlak mulia
3. Terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji
4. Bijak mengimbangi kepentingan duniawi dan ukhrawi
5. Bersatu padu dan bekerjasama
6. Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa
7. Mengukuhkan iman
8. Dikasihi Allah
9. Menghayati sifat mahmudah
10. Suka membantu dan memberi pertolongan

Sunday, August 3, 2008

Rukun Solat Fardhu

Rukun Solat

1. Niat
2. Takbiratul ihram
3. Berdiri betul bagi yang berkuasa
4. Membaca surah al-Fatihah
5. Rukuk serta toma'ninah
6. I'tidal serta toma'ninah
7. Sujud serta toma'ninah


8. Duduk antara dua sujud serta toma'ninah




9. Duduk ketika membaca tahiyyat akhir
10. Membaca tahiyyat akhir



11. Membaca selawat ke atas Nabi
12. Mengucap salam yang pertama
13. Tertib

Sunat Ab'ad

1. Membaca tasyahud awal
2. Duduk membaca tasyahud awal
3. Selawat ke atas nabi selepas tasyahud awal
4. Selawat ke atas keluarga nabi selepas tasyahud akhir
5. Membaca qunut
6. Berdiri ketika membaca qunut
7. Selawat ke atas nabi sesudah membaca qunut
8. Selawat ke atas keluarga nabi sesudah membaca qunut

*Perhatian : Jika tertinggal tidak membatalkan solat tetapi sunat diganti dengan sujud sahwi sebelum memberi salam.

Sunat Haiah

1. Mengangkat tangan ke telinga ketika takbiratul ihram
2. Meletakkan tapak tangan kanan di atas tangan kiri
3. Membaca doa iftitah
4. Membaca ta'awwuz sebelum membaca al-Fatihah
5. Diam sebentar sebelum dan selepas membaca al-Fatihah
6. Membaca 'aamin' selepas membaca al-Fatihah
7. Membaca mana-mana ayat al-Quran selepas membaca al-Fatihah
8. Mengucap takbir ketika hendak rukuk
9. Membaca “سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَة “ ketika berdiri selepas rukuk
10. Membaca tasbih ketika rukuk
11. Membaca tasbih ketika sujud
12. Membaca doa ketika duduk antara dua sujud
13. Berpaling muka ke kanan ketika memberi salam pertama dan ke kiri ketika memberi salam kedua

Solat Fardhu

Maksud Solat


  • Bahasa - Doa

  • Istilah - Perbuatan dan perkataan (ucapan) yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.

Waktu Solat

  1. Zohor - Tergelincir matahari ke barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang di sebelah timur

  2. Asar - Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya

  3. Maghrib - Apabila terbenam seluruh bulatan matahari

  4. Isyak - Hilang cahaya menyerah di kaki langit

  5. Subuh - Mulai terbit fajar sodiq

Syarat Wajib Solat

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Baligh
  4. Suci daripada haid dan nifas
  5. Boleh mendengar dan melihat

Syarat Sah Solat

  1. Suci badan, pakaian dan tempat daripada najis
  2. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
  3. Menutup aurat
  4. Mengadap kiblat
  5. Yakin masuk waktu solat